USAHAWAN - ABDUL GHANI BIN ABU KASSIM
Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim merupakan seorang usahawan madu lebah kelulut. Haji Abdul Ghani mempunyai kebun sendiri di Rasa dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat ternakan lebah kelulut. Madu lebah kelulut dihasilkan di situ dan mempunyai pelbagai proses yang perlu dilakukan semasa menghasilkan madu tersebut.
Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim hanya mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer. Beliau tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Oleh itu, pada awal perniagaan madu lebah kelulut hanya boleh dijual melalui kenalan rapat sahaja.
Haji Abdul Ghani menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara mendaftar akaun Shopee. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi perniagaan madu kelulut melalui platform Whatsapp dan Facebook.
Maka dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat tempahan secara dalam talian dan mempromosikan ke dalam Whatsapp dan Facebook. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 hingga RM3000.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk madu lebah kelulut, boleh hubungi:
NOMBOR TEL: 01230269709
EMEL:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FACEBOOK:LINK