LAPORAN BULAN APRIL 2022

 

 


 

Tarikh & Hari  23 April 2022 (Sabtu)
Masa  2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  9 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

 

  • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Jenayah Siber yang sering terjadi di kalangan masyarakat.

 

Aktiviti

 

  • Petugas memberi tanyangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Selepas itu, peserta akan melihat slide yang ditayangkan dan petugas menerangkan apakah Jenayah Siber yang sering berlaku sambil mengadakan sesi Q&A bersama peserta.
  • Petugas menerangkan tentang contoh Jenayah Siber dan cara mengelak dari menjadi mangsa Jenayah Siber serta cara melaporkan kepada penguatkuasa undang-undang sekiranya ada berlaku Jenayah Siber.

 

 

 


 

 

jenayah-1

jenayah-2

 

Jenayah-3

 


 

Tarikh & Hari  23 April 2022 (Sabtu)
Masa  12.00 tengahari - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  7 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

 

  • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesan keburukan Buli Siber yang serius kepada masyarakat.

 

Aktiviti

 

  • Petugas memberi tanyangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Selepas itu, peserta diminta untuk melihat slide yang ditayangkan dan petugas menerangkan apakah Buli Siber sambil mengadakan sesi Q&A bersama peserta.
  • Petugas menerangkan tentang contoh Buli Siber, kesan buruk Buli Siber, dan cara mencegah Buli Siber serta cara melaporkan kepada penguatkuasa undang-undang sekiranya ada berlaku Buli Siber.

 

 

 


 

Buli-1

 

Buli-2

 


 

Tarikh & Hari  24 April 2022 (Ahad)
Masa  2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

 

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Office Word dan Google Search, serta membantu peserta menyiapkan kerja karangan Bahasa Melayu yang diberi oleh guru sekolahnya.

 

Aktiviti

 

  • Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat karangan Bahasa Melayu dan membantunya dalam mencari maklumat mengunakan carian "Google".

 


  

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  23 April 2022 (Sabtu)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

 

  • Petugas memberi penerangan dan latihan kepada peserta cara menggunakan Microsoft PowerPoint seperti membuat muka depan slide, tambah slide,  dan memasukkan table.

 

Aktiviti

 

  • Peserta yang belum pernah menggunakan Microsoft PowerPoint akan diberikan latihan kepada peserta agar lebih mengetahui cara menggunakan tool yang terdapat pada Microsoft PowerPoint.

 


  

Gambar Disini