Tarikh & Hari  8 September 2022 (Isnin)
Masa  2.30 petang - 3.30 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan komputer untuk memindahkan video dan gambar dari smartphone. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta dari kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan cara untuk mencari folder dan fail dari smartphone dengan menggunakan file manager. Dengan adanya USB cable, peserta dapat menyambungkan smartphone dengan komputer dan memilih gambar serta video yang ingin dipindahkan.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  5 September 2022 (Isnin)
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menyunting imej produk dengan menggunakan aplikasi Canva. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta dari kalangan usahawan tempatan.

 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan fungsi dan kelebihan yang terdapat pada aplikasi Canva. Peserta menggunakan aplikasi Canva ini untuk menghasilkan imej produk perniagaannya. Antara fungsi yang digunakan oleh peserta ialah pemilihan teks yang menarik dan element yang pelbagai untuk dipilih.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  21 Ogos 2022 (Ahad)
Masa  12.30 tengah hari - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  6 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Advokasi ini bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengambil berat akan keselamatan diri ketika menggunakan internet supaya dapat mencegah masalah buli siber dalam kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi pendedahan maksud buli siber melalui mini poster daripada sumber Klik Dengan Bijak (KDB).
  • Petugas juga menerangkan tentang cara elak daripada terlibat dalam masalah buli siber dan tindakan yang kita boleh lakukan sekiranya kita diancam keselamatan fizikal dan harta iaitu dengan melaporkan kepada pihak polis.
  • Peserta juga diberi peluang untuk menanyakan soalan dalam sesi Q&A bersama petugas.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  28 Ogos 2022 (Ahad)
Masa  12.30 tengah hari - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  3 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan advokasi ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada peserta tentang bahayanya perkongsian maklumat peribadi di dalam internet dan menerangkan kepada komuniti kepentingan bagi pengguna internet untuk mengamalkan kawalan privasi.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi pendedahan maksud maklumat peribadi.
  • Petugas juga menerangkan kesan buruk sekiranya memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali serta cara mengatasinya. 
  • Peserta juga diberi peluang untuk menonton video animasi pendek berkaitan dengan maklumat peribadi.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  21 Ogos 2022 (Ahad)
Masa  2.30 Petang - 5.30 Petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 1 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menyunting video dengan menggunakan aplikasi Capcut di dalam smartphone. Peserta juga diberi latihan menyunting video sempena Hari Kemerdekaan. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta iaitu seorang guru sekolah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan asas mengenai fungsi yang ada pada aplikasi Capcut. Antara fungsi yang ada pada aplikasi Capcut ialah transition, effect, text, motion, dan elements. Aplikasi ini juga boleh meletakkan video, gambar, audio dan muzik sendiri. Petugas memberi latihan kepada semua peserta untuk menyunting video Hari Kemerdekaan dengan menggunakan fungsi yang ada pada aplikasi tersebut.

 

 Gambar Disini